03 December 2011

gelaran

bismillahirrahmanirrahim :]
dengan nama ALLAH
yang maha pemurah lagi maha pengasih 
assalamualaikum wbt :]

alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH , selawat dan salam atas nabi muhammad, keluarga serta sahabatnya amnya.. syukur masih dalam nikmat iman dan islam. masih punyai kesedaran sebagai hamba , khalifah, dan daie. semoga kesedaran ini kekal dalam diri DR.NURAINSALIHAROKMAN serta kawanyangdisayangilillah :]


tadi dengar nenek ada cakap tentang gelaran, mungkin bagi kita x penting pon gelaran ni and ada apa dengan gelaran. lepastu saya on google laa.. search "gelaran seseorang mengikut islam". yang keluar tu memang la tak tepat tapi bila dibaca ada jugak kaitannya. mai2 baca, tambah ilmu, tambah kesedaran, untuk jadi yang lebih baik.. be the best to get the best ..

bismillah :]



Imam Abu Ja'far At-Tabari mengatakan :
التنابز بالألقاب : هو دعاء المرء صاحبه بما يكرهه من اسم أو صفة ، وعم الله بنهيه ذلك ، ولم يخصص به بعض الألقاب دون بعض ، فغير جائز لأحد من المسلمين أن ينبز أخاه باسم يكرهه ، أو صفة يكرهها 
Ertinya : Memanggil dengan gelaran adalah seperti seseorang memanggil saudaranya dengan cara yang dibencinya sama ada (menggunakan) nama tertentu atau sifat. Dan larangan Allah swt itu umum tanpa sebarang pengkhususan kepda satu jenis gelaran tanpa yang lain, maka oleh itu, TIDAK HARUS (haram) bagi seorang Muslim untuk memanggil saudaranya sama ada dengan nama atau sifat yang dibencinya. ( Jami' al-Bayan, 22/29)

Justeru di dalam Islam budaya gelar mengelar dengan gelaran buruk ini bukanlah tindakan yang benar, malah ia terkeji dan hanya menjadi mainan individu yang dipimpin oleh emosi. Jangan sesekali mudah memulakan gelaran seperti 'Ulama Mee Segera', 'Si bodoh', ‘Munafiq' dan lain-lain. Walau apapun sebab dan latar belakang kemarahannya, cara menggelar sebegini bukan caranya. Terdapat begitu banyak cara bahasa lain  yang lebih sesuai untuk menegur seseorang.
Ia hanya akan memburukkan keadaan dan seterusnya menjatuhkan maruah si penggelar sahaja bukan mereka yang digelar. Tiada kebaikan yang boleh tersebar darinya kecuali kepuasan peribadi pihak mengggelar kononnya untuk menegakkan yang hak tetapi sebenarnya hanya memuaskan nafsu amarah masing-masing sahaja.
Islam melarang menggelarkan seseorang dengan sebarang gelaran buruk, dilarang juga mengkafirkan seseorang tanpa kejelasan yang putus atau kelak kekafiran dan gelaran itu akan kembali kepada dirinya sendiri. Seluruh gelaran buruk yang dicipta juga akan kembali kepada di penggelar.
 Namun demikian, terdapat PENGECUALIAN sekiranya sesuatu gelaran dibuat bagi keadaan tertentu seperti untuk membezakan di antara individu maka digelarkan dengan sifat atau nama yang sesuai bagi fizikalnya, sedangkan gelaran itu adalah buruk, namun panggilan itu dibuat bukan untuk menghina dan merendah, ia hanya diniat untuk memberi kenal kepada mereka yang bertanya. Tatkala itu ia dibenarkan,
Demikian juga, jika terdapat maslahat yang lebih besar untuk dijagai, seperti para ulama menggelarkan beberapa perawi sebagai ‘kazzab' yang ertinya 'banyak berbohong ' bagi menjaga ketulenan sesebuah hadis. Namun ia bukanlah disebarluaskan kepada masyarakat awam, hal sedemikian hanya akan diketahui oleh golongan ulama dari kalangan pengkaji hadis dan perawinya sahaja. Ringkasnya semuanya masih tertakluk kepada adab-adab dan displinnya.
#copypaste : 
kalau nak tahu lebih lanjut tekan link kat atas ni, saya hanya mengambil isi yang saya nak je.. tapi huraiannya sebenarnya panjang.
maka dah jelas laa, dah terang lagi bersuluh. hukum memberi gelaran yang buruk tu haram tapi dikecualikan untuk keadaan tertentu. beri gelaran ni selalunya berlaku waktu sekolah, tak tahu la pulak waktu dah dewasa pon ada gak. kalau memanggil seseorang dengan nama penuh pon sangat la cantik. parents dorg dh bgi nama yang ada maksud, just imagine, bila kita panggil nama penuh seseorang tu, orang yang dipanggil tu akan rasa dihargai.. hehe.. macam saya :] suka sangat kalau orang panggil " hey nurainsaliha " .. rasa sangat dihagai :] itu diri saya, DR.NURAINSALIHAROKMAN :] terserah pada si pembaca nak merasa macam ni :]

konklusinya : panggillah seseorang dengan gelaran yang baik. dan lebih BEST dengan NAMA PENUH :]

contengan nothing oleh 
DR.NURAINSALIHAROKMAN
tetapi everything buat 
SI PEMIKIR
#correct me if i'm wrong

No comments:

Post a Comment