15 December 2010

jangan melatah saat musibah

1. Ucaplah lafaz istirja' dan berdoa dengan doa Ummu Salamah.

2. Bersabar. Menurut syariatullah, ujian berbentuk kesenangan perlu diiringi dengan syukur, manakala ujian berbentuk musibah perlu diiringi dengan sabar.

3.bersangka baik dengan Allah, bahawa pasti ada kebaikan atau hikmah di sebalik musibah.

4. Katahuilah bahawa setiap musibah itu pasti ada hikmahnya.cuma lemahnya manusia itu hingga ia hanya sebahagian sahaja hikmah itu, dan tidak mampu merungkai hikmah semua musibah.

5. apabila ditimpa musibah juga ingatlah bahawa Allah masih mengingati kita. orang kafir yang jarang-jarang diuji sebenarnya telah "dilupakan" Allah. Allah Maha Suci Allah tidak layak disifatkan dengan sifat lupa, namun lupa disini bermaksud Allah membiarkan orang kafir sesat dalam kesesatan mereka dan Allah berpaling daripada mereka.

6. jangan sekali-kali lupa berzikir, istigfar dan perbanyakkan ibadah.

petikan dri majalah Solusi#19-kalau tersalah eje or ape2 lah..harap maaf^__^

7. kelazatan dunia itu boleh bertukar musibah dan sebaliknya, musibah juga boleh bertukar menjadi nikmat.

8. padam api musibah dengan memandang kepada org lain yg juga ditimpa musibah. dgn b'buat demikian, musibah yg menimpa akn t'rse ringan

9. jangan mengeluh. sesungguhnya org yg mengeluh saat ditimpa musibah ialah org yg paling cintakan dunia.

10. lihatlah musibah dengan mata hati. mata hati akn melihat kepahitan musibah di dunia sebagai kemanisan di akhirat kelak.

11. Allah berfirman yg bermaksud: ' hai orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.'(surah al-Baqarah 2 : 153) amalkan sikap bersabar ketika musibah menimpa, pasti kita tergolong dalam golongan yang bersama-sama Allah.

12. mereka yang ditimpa musibah dan sering mengucapkan lafaz istirja', maka Allah memberinya ganjaran pahala. Ibn Majah meriwayatkan sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "sesiapa yang pernah ditimpa musibah lalu ingat akn musibah itu, serta memperbaharui ucapan istirja' sekalipun sudah berlalu masanya, maka Allah akn memberi pahala kepadanya sebesar pahala pada saat ia ditimpa musibah itu."

13. bandingkan musibah dunia dan musibah akhirat. yang manakah lebih besar? bandingkan juga andai hilang nikmat dunia dan nikmat akhirat? manakan yang terasa ringan?

14. ingatlah bahawa tanpa musibah, pasti manusia akan sombong seperti firaun. oleh sebab itu, Allah turunkan musibah sebagai ubat penyakit hati.

15. jangan bertindak melulu ketika ditimpa musibah. tindakan  yang tidak berlandaskan sabar akan mengundang murka Allah, tidak mampu menolak musibah,malah menbuat syaitan gembira, menghapuskan pahala dan menunjukkan bahawa kita seorang yang lemah jiwa.


ARTICLE INI DIPETIK DARI MAJALAH SOLUSI #19~TIP DAN PETUA

No comments:

Post a Comment